Selasa, 16 Januari 2024

Belajar Mengaji al-Quran


al-Quran adalah salah satu daripada mukjizat yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat banyak fadhilat telah diberitahu oleh Nabi Muhammad S.A.W tentang kelebihan mempelajari dan membaca Al Quran. Setiap satu huruf yang dibaca akan diganjarkan dengan 10 kebaikan. Alangkah ruginya jika seseorang itu tidak pandai untuk membaca alquran.

Tetapi berita gembira untuk orang yang masih belajar membaca alquran kerana anda akan diberikan 2 jenis ganjaran oleh Allah S.W.T iaitu ganjaran belajar alquran dan juga ganjaran membaca alquran itu sendiri. Jadi bagi mereka yang masih tidak tahu membaca Alquran, jangan berputus asa kerana Allah melihat atas segala usaha yang kamu lakukan untuk belajar alquran.

Tiada erti terlewat untuk belajar mengaji al-Quran. Tidak kira berapa umur seseorang, adalah wajib untuk mempelajari Al Quran. Jika anda nak belajar alquran dengan cepat, kaedah terbaik adalah dengan mempelajari alquran menggunakan kaedah Al Hira.

Kaedah Al hira telah diasaskan oleh Dr. Hj Muhammad Roihan Al-Mandily yang berasal dari Mandailing, Sumatera Utara, Indonesia.

Siapa Yang Perlu Belajar al-Quran Kaedah al-Hira?

  1. Mereka yang sukar untuk faham kaedah pembelajaran biasa
  2. Ibu bapa yang mempunyai anak supaya dapat mengajar anak mengaji dengan baik
  3. Remaja atau lepas universiti yang masih tidak lancar dalam pembelajaran alquran.

Kaedah Alhira adalah satu kaedah pembelajaran alquran untuk dewasa yang membolehkan anda:

  1. Membaca alquran dalam masa 24 jam
  2. Belajar Dua dalam Satu (Asas & tajwid)
  3. Tajwid yang lengkap dan ringkas
  4. Boleh membaca Al-Quran dengan tajwid

Kaedah Al-Hira’ terdiri daripada 22 bab pelajaran yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian 1 mengandungi 13 pelajaran yang dinamakan sebagai pelajaran Asas Al-Hira’.

Manakala bahagian 2 pula mengandungi 9 bab pelajaran yang dinamakan sebagai pelajaran Tajwid Al-Hira’.

Antara kelainan mempelajari bacaan alquran dengan kaedah Al Hira adalah anda akan diajar menyebut bunyi huruf terlebih dahulu sebelum anda mengenal huruf itu sendiri. Huruf hanya akan diajar apabila pelajar sampai ke bahagian ke 13 dalam silibus pembelajaran kaedah Al Hira.

Adakah Kaedah al-Hira Berkesan?

Satu kajian ringkas telah dilakukan ke atas kaedah Al Hira untuk membuktikan keberkesanan penggunaan proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran menggunakan kaedah tersebut. Kajian telah dilakukan ke atas 25 orang pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Kajian tersebut terdiri daripada 2 bahagian iaitu penilaian sebelum mempelajari alquran dengan kaedah al hira dan penilaian selepas mempelajari alquran menggunakan kaedah al hira.

Selepas proses penilaian pertama, peserta kemudiannya diberikan kelas membaca Alquran menggunakan kaedah Al Hira. Kajian tersebut dilakukan selama hampir satu bulan. Selepas sebulan mempelajari alquran dengan kaedah alhira, peserta sekali lagi dinilai tahap kebolehan mereka mengaji Alquran.

Hasil daripada kajian tersebut mendapati peningkatan yang positif terhadap tahap penilaian selepas mempelajari alquran dengan kaedah al hira.

Walaupun kajian ini adalah kajian asas dan tidak melibatkan ramai responden, sedikit sebanyak ia menunjukkan bahawa kaedah Al hira ini mempunyai potensi yang besar dalam proses pembelajaran alquran.

Oleh itu, tidak kira siapa pun anda, sekiranya anda mempunyai masalah untuk membaca alquran, kaedah alhira adalah salah satu kaedah yang baik untuk anda. Berupaya untuk membaca alquran dengan baik bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga dan anak-anak anda.

Semoga kaedah ini dapat membantu untuk membasmi buta Al Quran dan seterusnya kita semua dapat menjadikan alquran sebagai teman di dunia dan juga teman di akhirat nanti.

Hasil kajian yang dilakukan keatas kaedah al-Hira: https://drive.google.com

Mari Belajar Mengaji

Lokasi: Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan